Alhmadulillah, selepas beberapa bulan tak menulis, tetiba tergerak
hati ni untuk menconteng sesuatu di blog ni, berkongsi sesuatu yang
mudah-mudahan memberi manfaat kepada siapa yamg membacanya. Walaupun saya
bukanlah penulis yang terbaik dalam tulisannya, ataupun seorang yang pandai
menyusun kata dan kalimat dalam bicaranya, tapi setakat apa yang terdaya dan
mampu saya beri, insya Allah saya akan cuba..
Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah diberi peluang untuk menjadi
imam tarawih, Alhamdlillah, selepas beberapa tahun dahulu sempat
mengimpikannya, tapi tak dapat lesen lagi untuk jadi imam @ saya yang selalu
mengelak bila dapat tawaran untuk jadi imam? biasa la, kecil lagi masa tu, nak
jadi imam tu agak takut lagi. takut terkelu lidah ni kalau tak ingat ayat. last-last
sepatutnya dalam satu rakaat kena baca satu muka surat, takut bila dah terkelu
lidah tu, jadi satu dua baris pulak bacaan nanti.. tak ke huru hara jamaah
nanti?!
berkenaan dengan tadarus al Quran yang menjadi tajuk utama artikel
kali ini, ini kali pertama mengahdiri tadarus al Quran bersama masyarakat awam.
Biasa saya bertadarus bersama kawan atau sahabat-sahabat semasa di sekolah
dulu, bila kali pertama ni, saya ingat agak sukar pertamanya sebab kena
berhadapan dengan masyarakat yang saya fikir tahap bacaa dorang masih lagi
diatas rata-rata, walaupun ada sebahagian dikalangan mereka yang bacaannya pada
tahap ‘boleh la’. Apa-apa pun, bagi saya, bacaan al Quran pakcik-pakcik di
kariah taman perumahan ni jauh lebih baik berbanding pakcik-pakcik lain yang
saya pernah dengar bacaan dorang, terutama pakcik-pakcik di kampung saya di
Batu Pahat, logat jawa mereka yang kental memang menjadi perosak bacaan mereka.
apa yang ‘menariknya’ bagi saya disini, pakcik-pakcik ni, walaupun
bacaan dorang terkesan agak ’merangkak’ lagi, tapi dalam bab tajwid dan hokum
hakam bacaan dorang sangat-sangat jaga. mana yang panjangnya, mana yang ghunnahnya,
mana yang boleh waqaf, mana yang tak boleh waqaf, mad dan lain-lain
hukum tajwid semua meraka jaga. Alhamdulillah.. tapi keadaan ini jauh berbeza
dengan kelas mengaji yang pernah saya ikuti di Jordan. para masyaikh kami
di muhafazah al Quran, apa yang saya perasa, dorang kurang ambil berat terhadap
tajwid pelajar-pelajar mereka yang bacaan al Qurannya agak kurang lancar. kalau
ada mad yang kurang panjang contohnya, dorang biarkan je, berhenti kat
mana-mana pun dorang biar je, tak ada teguran untuk mereka. tapi bila pelajar
mereka yang bacaannya oke sikit, hah siap la, pantang kurang ghunnah
sikit je, terus kena tegur. Panjang kurang seharakat je nye pun, dorang sekat
bacaan. Memang kellaasss punye la. Terfikir pulak saya dua keadaan yang
belainan ni, antara fi’liah sebahagian masyarakat kt Malaysia ni
khususnya di kawasan kariah perumahan tempat saya imam dengan fi’liah mungkin
sebahagian masyaikh al Quran di Jordan.
Saya ada terfikir suatu rumusan yang mugkin digunapakai oleh masyaikh
al Quran di Jordan,
baca al Quran dengan makhraj yang
betul adalah lebih aula (lebih utama) berbanding baca al Quran dengan
tajwid tapi makhraj (sebutan huruf) tak betul
sahih atau tidaknya rumusan ini, mesti saya akidkannya bila saya
balik Jordan nanti, insya Allah kalau balik semula la. . .
tapi pada fikiran saya, ada betulnya rumusan ni. Para masyaikh
kami di Jordan lebih mengutamakan makharaj daripada bacaan muridnya
berbanding ketepatan hukum hakam pada bacaan. kalau difikirkan pun, agak sukar
untuk kita memperelok bacaan dalam masa yang sama nak kena perbetulkan tajwid
pulak. bukan tak boleh, tapi kalau bagi saya, agak sukar untuk buat dua perkara
dalam satu masa. tapi kalau buat satu-satu dahulu, perelokkan bacaan, lepas tu
baru perkemas tajwid, insya Allah mudah la untuk kita mendapatkan bacaan
yang baik dengan menjaga hukum-hakam pada bacaannya sekali. .
Saya teringat dengan
beberapa orang sahabat saya di Jordan, yang bacaan al Quran mereka ‘tak berapa
nak elok’ lagi. takut benda tu akan menjadi ‘momok’ kepada mereka bila mereka
pulang ke tanah air kelak. Macamna taknya, setara pakcik-pakcik yang duduk
dikampung boleh lagi baca al Quran dengan baik, inikan kita yang balajar jauh
di negara arab, bila balik nanti, bacaan al Quran masih ‘terangkak-rangkak’
lagi, memang kurang molek la. Bukan rasa malu yang nak diperkirakan, tapi
sejauh mana dakwah kita akan berkesan nanti kalau yang asas ni pun kite tak
berapa nak lepas lagi, apatah lagi ‘part-part’ tinggi dalam dakwah? takut kita
tercicir dan tenggelam dari kehidupan masyarakat yang akhirnya akan membawa
kepada kemalapan jalan dakwah kita kepada mereka. na’uzubillah. .
kena pulak bila musim cuti persekolahan, sorang pakcik buat
tawaran ke kita, “ustaz, kalau cuti ni kita buat kem perkemas bacaan al Quran
kepada budak-budak sekolah ni oke tak?” babb,, memang tak menjawapla..
kepada sahabat-sahabat saya, selagi kita ada peluang, masa dan
ruang, jom kita sama-sama kita memperbaiki diri kita, khususnya dalam seni
bacaan al Quran. Biarpun suara tak semerdu dan seenak bacaan johan tilawah
antarabangsa (yang orang Kelantan tu), asalkan kita mampu membaca kalamNya dengan
baik, Insya Allah itu yang kita mahu dan itu yang terbaik.
Dari apa yang saya tahu, ramai daripada kalangan adik beradik kita
yang berada di Jordan, khususnya yang berada di Mafraq pelajar lepasan
maahad-maahad tahfiz atau pengajian Quran seperti Darul Quran, diploma tahfiz
dan lain-lain. kalau rasa malu nak memperbaiki baca depan syaikh, ambillah
peluang ini untuk memperdengarkan bacaan kita didepan mereka. Insya Allah saya
rasa, tak ada daripada kalangan sahabat kita ni yang menolak untuk
diperdengarkan bacaan Quran kita. Bahkan, mereka semua sangat-sangat
mengalu-alukan kedatangan antum dihadapan mereka untuk diperdengarkan bacaan
antum. Jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, baru kita nak mencari
kelas-kelas intensif membaca al Quran. Toba’an malu kita nanti. lulusan timur
tengah kok mencari kelas intinsif membaca al Quran, yang sepatutnya kita yang
membuat kelas intensif tersebut. Piye toh?! fikir-fikirkanlah. .
pesan seorang pakcik kepada saya, “Bal, balik Jordan nanti belajar
la pelbagai jenis lagu (Qiraat). Dah balik Malaysia nanti, ajar kitorng
pulak..”
insya Allah la pakcik. . .